Sponsored

Geeda
(sekadar gambar hiasan)


Assalamualaikum....

Sejak kebelakangan ni selalu jer dengar berita berkaitan bayi. Bayi kena buang la, kena dera la, terbaru bayi 9 bulan mati akibat terjatuh dari sebuah apartment. Sedih sangat bila tengok berita pasal bayi ni.

Kebanyakan kes kematian kanak-kanak ni akibat dari kecuaian ibu bapa tu sendiri. Kalaulah ibu bapa tidak cuai mungkin kecelakaan macam ni tak berlaku. Macam kes adik Adam kat bawah ni....cuba la korang bayangkan katil bayi diletakkan ditepi tingkap yang tak berjeriji...memang lah malang tu tak berbau tapi kita sebagai ibu bapa mesti la berwaspada skit...kalau ada jeriji kat tingkap tu selamat la skit kalau dah rumah tinggi kan.

Macam kat kampung saya tinggal skang ni, baby setahun lebih keluar bermain agak jauh tanpa pemantauan mak ayah dia. Pelik jer bila tengok baby ni yang rumah dia boleh kata selang 5 buah rumah jugak la dari umah saya terkedek2 bermain sampai depan umah saya. Bila intai2 x der pun mak ayah dia kat luar umah dia. Mungkin pemikiran orang kampung suka lepaskan anak2 kecil bermain sendiri agar boleh cepat berdikari. Tapi bagi saya keselamatan anak tu lagi penting. Jadi awasi la anak anda agar kita tidak menyesal kemudian hari...Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat....


Petikan berita dari Berita Harian:

Mangsa dipercayai merangkak dari katil bersebelahan tingkap tak berjeriji

SUBANG JAYA: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut terjatuh dari tingkat tiga sebuah kuarters empat tingkat selepas dipercayai merangkak dari katilnya yang terletak bersebelahan tingkap tidak berjeriji tanpa disedari ibu bapanya dalam kejadian di Seafield USJ6/1, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Adam Haiqal Mohd Rostam dipercayai merangkak ke arah tingkap yang sedikit terbuka itu sebelum terjatuh ketika ibu bapanya masih tidur di rumah mereka di bangunan kuarters pendidikan terbabit.

Difahamkan, ibu mangsa sebelum itu mendengar tangisan kuat bayi dan terus bangun selepas menyedari anak tunggalnya tiada di sisi lalu mencari Adam Haiqal di sekitar bilik tidur, tetapi terkejut apabila menjenguk ke luar tingkap dan mendapati mangsa tertiarap dalam longkang di bawah bangunan itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata wanita berkenaan terus mengejutkan suaminya untuk turun melihat keadaan anak mereka dan selepas diperiksa, mangsa didapati tidak mempunyai kesan luka.

“Pasangan itu kemudian menghantar anak mereka yang kelihatan masih bernyawa tanpa kesan darah itu ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), tetapi disahkan mati dalam perjalanan sebelum mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Mangsa dilaporkan cedera parah di kepala dan ada kesan calar pada kakinya,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Sementara itu, bapa bayi malang itu, Mohd Rostam Che Mat, ketika ditemui di PPUM kelihatan murung dengan kejadian berkenaan dan tidak menyangka tindakan membuka sedikit tingkap bilik kerana cuaca agak panas pada malam kejadian menjadi punca tragedi terbabit.

Beliau yang bertugas di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBBJ) bagaimanapun enggan mengulas lanjut kejadian berkenaan kerana masih terkejut dengan kematian anak kesayangannya.
Labels: edit post
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    salam...maaf, kuarters guru nie under KPM. KPM xkasi ltk jeriji walaupun dh bnyak kali org komplain. biler dh jadi camnie...until now masih xder apa2 perubahan pun....u try check kat mana2 kuarters guru kat seluruh malaysia, designnya sama dan u all dr luar pun bleh perasan masalah pada keselamatan kuarters nie....mmg ajalnye adik adam pada waktu...cuma puncanya hanya allah yg tahu...kecuaian ibu bapa xdinafikan dlm hal nie, tapi...keselamatan yg sepatutnya menjadi tggungjawab pihak KPM, xdiambil kira....


  2. Geeda Says:

    sepatutnya kerajaan m'sia mewajibkan flat atau bangunan tinggi dipasang grill...dah banyak sangat kejadian jatuh dari tingkap...minta dijauhkan...


Post a Comment