Sponsored

Geeda







Assalamualaikum...lama sungguh tak bersiaran...huhu...ni gambar biskut almond london yang kami buat masa raya aritu...dah lapuk baru nak tepek resepi...aci tak.. resepi ni dapat dari bestfriend, "Jerry" masa kat utm dulu...dulu kami satu rumah masa belajar...skarang dah jadi tauke kek...cantik sangat kek2 dia...sape nak order boleh la tengok blog dia ye DAPUR DAN OVEN ..

tq jerry bagi resepi yang teramat best ni...first time buat terus jadi...hehehe...


Resepi Almond London

Bahan Utama:-


125 g mentega
75 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel

Bahan Lain:-


300 g coklat masakkan
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara membuatnya:-


-Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.

-Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.

-Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.

-Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan.

-Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.

-Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 antara satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti.

-Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara....selamat mencuba!!!


kesian fara..tertidur kat kerusi makan kat dapur tunggu mama buat almod london..huhu