Sponsored

Geeda

Bulan julai ni banyak betul dugaan yang aku hadapi.....dugaan sungguh...

Suamiku selalu aje sakit dan berulang kali masuk wad dalam bulan 7 ni aje. Yang paling teruk pada 24.7.09 la, mak mertuaku plak demam menggigil2. Hantar kat hospital Pasir mas kena tahan seminggu lebih jugak lak sebab kena demam CIKUGUNYA...Abang ipar aku yang hantar mak mertuaku kul 4 pagi coz menggigil2 kuat sangat.....Nak dijadikan cerita, suamiku plak x boleh risau sangat...bila tahu jer mak dia sakit kena tahan plak kat wad...terus dia plak yang sesak nafas sampai kejang badan mungkin risaukan mak dia sangat..bergegas2 la aku tepon mak aku suruh datang ambik fara and aku terus bawak suamiku ke hospital pasir mas...nasib baik masuk wad kecemasan sampai petang jer....kira masuk wad dihospital yang sama ngan mak dia la...

2 hari lepas keluar wad pasir mas..suamiku kena tahan plak kat hospital perdana kota bharu...lama lak tu 3 hari 2 malam...

dugaan...dugaan....


ni gambar aku curi2 ambik masa dia tido. ni kat wad hospital perdana,kesian aku tengok wayar sana sini...kena masuk air lagi....oksigen lagi...




ni plak kat wad kecemasan hospital pasir mas...lepas suntik ubat,test darah ngan jantung terus boleh keluar...alhamdulillah x der masalah jantung....
Labels: 0 comments | edit post
Geeda


RESEPI IKAN KERAPU KUKUS

bahan-bahan:

seekor ikan kerapu sederhana besar
seinci halia
sehelai daun limau purut
sebatang serai
sedikit bunga kantan
sedikit carot
sedikit daun bawang dan daun sup
2 biji asam boi
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi
tepung jagung
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk lada putih
sedikit air limau kasturi

cara-cara:

gaulkan ikan dengan sedikit garam, serbuk lada putih dan tepung jagung. perapkan sekejap. Sediakan sos sementara menunggu ikan diperap. Cara nak buat sosnya, campurkan hirisan halia, bawang putih, cili padi, tepung jagung, bunga kantan, serai yang dihiris, daun bawang dan daun sup, sedikit air asam limau kasturi, garam dan gula secukup rasa. kacaukan hingga sebati dan tuangkan ke atas ikan tadi. letakkan 2 biji asam boi untuk menambahkan rasa. Masukkan di dalam kukusan dan kukus selama 15 minit. Sedia untuk di makan.

Ikan kukus ni sedap di makan semasa masih panas...cubalah...
Geeda

MEE GORENG BASAH:

500 gram mee kuning
sedikit isi ayam
sedikit daging
5 ulas bawang putih
sesudu pes cili kering
kicap pekat
sos cli
garam
gula
sedikit sayur sawi

CARA:

tumis bawang putih sampai kekuningan, masukkan pes cili tumis sampai garing. masukkan sedikit air, masukkan ayam,daging, kicap,sos cili.perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila dah empuk daging dan ayam masukkan mee..goreng sekejap....dah siap mee goreng untuk FARA makan sarapan pagi....selamat mencuba..
Geeda



YA ALLAH....

Tengoklah gelagat anak gadisku ni...punya la comot makan aiskrim... Biasanya aku x bagi dia makan aiskrim ni...kalau fara mintak pun aku cuma suap satu atau dua mulut jer...

Entah macam mana petang tu dia mangamuk nak pegang sendiri aiskrim tu.. x boleh la mama dia nak makan sama... Aiskrim ni aku beli untuk aku...aku ni penggemar aiskrim ni...
nampaknya lepas ni x boleh la beli aiskrim ni lagi...aiskrim ni bayi x boleh makan banyak sangat....BAHAYA...
Geeda




Macam ni aktiviti Fara setiap petang... Asal petang jer sibuk le dia mencari kasut nak main kat luar. Kawasan kampung aku tinggal ni memang ramai baby yang sebaya ngan Fara...tu yang best sangat dia main kat luar ni, ramai kawan2.

Yang si emak2 pulak, bersidai kat tepi pagar sambil menunggu anak2 main. Meriah gak sejak tinggal kat kampung ni...Kalau kat KL dulu, emmmm....susah skit la nak melepak cam ni...
Masing2 sibuk ngan hal masing2...betul tak...

Sambil tunggu anak2 main boleh la jugak aku kenal2 ngan jiran sekampung ni...Masa si emak2 melepak ni la aku boleh curi dengar apa cerita terbaru kat area kampung aku ni...Sape kawin, umah sape kena masuk perompak, anak sape yang eksiden semua bleh tau...maklumla internet bergerak ni cepat sungguh melapurkan...hehe....
Geeda




























Ni bangsal cendawan kat tepi rumah aku...Dulunya bangsal ni adalah stor tempat simpan barang-barang lama. So kami jadikan sebagai bangsal daripada membazir camtu jer..

Cendawan ni namanya cendawan tiram kelabu...sangat best di makan kalau buat tomyam,sup ataupun goreng celup tepung...

Cendawan ni selain daripada sedap rasanya...khasiat pun banyak...Selain daripada rasanya yang sedap sebagai sayur, ia juga baik untuk membina kesihatan kerana ia mempunyai beberapa keperluan badan mikro.Ia mengandungi 9 asid amino dengan 19-35% protein. Vitamin yang terdapat pada cendawan ini ialah: vitamin B1, B2, niasin, biotin dan vitamin C. Ia juga mengandungi mineral penting seperti K, P, Ca, Na, Mg dan Cu.

Kebaikan cendawan ni plak:
  • Tiada bahan kimia
  • Tiada buangan haiwan
  • 100% organik
  • Taman tertutup
  • Amalan kebersihan dalam penanaman
  • Khasiat tinggi
  • Pemakanan sihat
  • Sesuai untuk diet sayur
  • Disukai kanak-kanak

Cendawan ni jugak sangat baik untuk kesihatan badan kita...contohnya:

-Mengawal atur darah, anti thrombotik, merendahkan tekanan darah, -mengurangkan kandungan glukosa dan lipid.
-Meningkatkan sistem imuniti bagi melawan jangkitan vierus dan bakteria.
-Menghalang pertumbuhan tumor.
-Agen anti oksida dan melindungi faktor genetik.
Geeda
Renung-renungkan dan selamat beramal….
Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup ..'


'Panggilan pertama adalah
Azan '
'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar.. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.

Masya Allah........ ..


Panggilan
yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji . Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan sesungguhnya saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

.Alhamdulillah...


'Dan panggilan ke-3',
adalah KEMATIAN . Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan hal, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh.
Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah............Insya Allah syurga adalah balasannya......'



Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy ! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'

'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.'

Wallahualam