Sponsored

Geeda

LOS ANGELES 26 Jun - Michael Jackson disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (2.26 pagi Jumaat waktu Malaysia) selepas jantungnya gagal berfungsi, demikian menurut para pegawai di sini.

Kematian Raja Pop itu mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.

Pegawai Koroner Long Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang tersebut.

"Saya hanya boleh memberitahu buat masa ini kami telah dimaklumkan oleh penyiasat dari Jabatan Polis Los Angeles Barat bahawa Jackson telah dibawa ke hospital dan ketika tiba di sana, beliau tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang,'' kata Corral kepada CNN.

Katanya, bedah siasat kemungkinan akan dilakukan esok tetapi tidak menyebutkan punca kematian. - AFP

Geeda
One day, the father of a very wealthy family took his son on a trip to the country with the express purpose of showing him how poor people live.

They spent a couple of days and nights on the farm of what would be considered a very poor family.

On their return from their trip, the father asked his son, 'How was the trip?'

'It was great, Dad.'

'Did you see how poor people live?' the father asked.

'Oh yeah,' said the son.

'So, tell me, what did you learn from the trip?' asked the father.

The son answered:

'I saw that we have one dog and they had four.

We have a pool that reaches to the middle of our garden and they have a creek that has no end.

We have imported lanterns in our garden and they have the stars at night.

We have a small piece of land to live on and they have fields that go beyond our sight.

We have servants who serve us, but they serve others.

We buy our food, but they grow theirs.

We have walls around our property to protect us, they have friends to protect them.'

The boy's father was speechless.

Then his son added, ‘Thanks Dad for showing me how poor we are.'

Isn't perspective a wonderful thing? Makes you wonder what would happen if we all gave thanks for everything we have, instead of worrying about what we don't have.

Appreciate every single thing you have, especially your friends!

'Life is too short and friends are too few.'
Geeda
nasi air yang dah siap dihidang untuk dimakan...yum..yum...masuk nasi yang dimasak lembek ngan kuah sup daging. Hidang plak ngan cendawan goreng kunyit, daging goreng garing, sayur sawi goreng, sedikit ikan bilis dan telur masin. Em...sedap gak kalau tambah ngan sambal cili padi (aku x buat sebab cendawan goreng ni dah pedas)




cendawan goreng kunyit:

200g cendawan tiram kelabu
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 ulas bawang merah (tumbuk)
5 biji cili padi (tumbuk)
segenggam ikan bilis (tumbuk)
garam dan kunyit secukup rasa (gaulkan bersama cendawan)

cara2 nak buat:

Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau, masukkan cendawan yang telah digaul dengan garam dan kunyit. Kacau sehingga masak.
(Jangan tambah air kerana cendawan tiram ni memang akan kelurkan air)



sayur sawi goreng:

300g sawi hijau
sedikit isi ayam( boleh tukar dengan udang atau sotong)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 ulas bawang merah (tumbuk)
sedikit kicap dan garam

cara2 nak buat:

Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau, masukkan sedikit air. Masukkan isi ayam dan sayur, masukkan kicap. Tunggu biar masak, siap.





Daging goreng garing:

500g daging (yang telah direbus didalam sup kemudian dipotong kecil2)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
kicap dan garam secukup rasa

cara2 nak buat:

tumbuk bawang putih dan halia, gaulkan dengan daging yang dipotong kecil, perap seketika. Panaskan sedikit minyak, goreng daging sehingga garing. Masukkan kicap dan garam, gaul sebentar. Apabila garing bolehla dihidangkan ngan nasi air..


telur masin
Geeda
Beberapa hari lepas aku ada terima email dari kawan aku...pasal budu..maklumlah aku ni anak jati klate...memang la tak lalu makan kalau takde budu...so aku posting la pasal budu ari ni. Khasnya untuk penggemar budu sejati cam aku ni...hehe..

Kat bawah ni petikan email yang aku terima..korang baca la ye...


Salam
I used to lament about my students' budu sound when presenting or conversing in English. I know a professor in a public university who boasts presenting his papers around the world in budu sound English "I present in sah afhrika [South Africa], jepen [Japan], everywhere, i spek budu saund pon pepel understan, i don' know, i don' ker". So, budu sound English is not only exotic but budu is also good for beauty. My son, Ryan speaks English w/out budu sound but he's a big fan of budu with pegaga & fried kembong. I'm not a big fan but i do take budu with grilled fish, ulams & i do keep a bottle or two at home. And i don't speak with budu sound, Malay, English or any language except when I talk in Kelantan dialect I make a conscious effort to have the budu sound [not easy, though!].
************

BUDU sangat sinonim dengan masyarakat Kelantan. Dikatakan, hampir setiap keluarga di negeri itu mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka. Walaupun keluarga saya berketurunan Cina, namun kami selalu makan budu bersama ikan bakar dan ulam-ulaman,akui Tan Chia Ying, 22.
Beliau yang tinggal di Kampung Panji, Kota Bharu, tidak malu mengaku makan budu sejak kecil. Keluarganya sering menyediakan budu yang diperah limau nipis dan dicampur cili api dan bawang. Bukan sesuatu yang ganjil sekiranya melihat masyarakat Cina di Kelantan makan budu. Malah ramai kenalan saya yang berketurunan Cina meminati budu, katanya yang berkulit putih gebu.

Kartilawati Subari, 40, pula berkata, beliau sentiasa menyimpan bekalan budu di rumahnya untuk dihidangkan kepada keluarga. Terang beliau, walaupun budu merupakan makanan tradisional namun ia mempunyai banyak khasiat tetapi kurang didedahkan. Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet muda,b ujarnya sambil tersenyum.

Bagi seorang usahawan, Mat Ismail, 57, permintaan budu yang tidak pernah putus itu adalah satu idea perniagaan yang hebat. Pada tahun 1978, Mat mula membuat budu secara kecil-kecilan di belakang rumahnya di Kampung Geting, Tumpat dengan bermodalkan RM1,500. Beliau menubuhkan syarikat Perusahaan Warisan Ketereh dan menggunakan biji ketereh sebagai tanda niaganya. BUDU Ketereh yang diusahakan Mat Ismail turut digunakan sebagai agen antipenuaan dalam produk kosmetik. Selepas 30 tahun, ternyata budu telah memberi banyak kebanggaan kepada beliau. Ia bukan semata-mata kerana beliau kini tinggal di rumah banglo dan memandu kereta Mercedes Benz. Sebaliknya, Budu Ketereh beliau menjadi budu pertama negara ini yang diiktiraf sebagai harta intelek. Kejayaan itu dicapai pada tahun 2007.

Berikutan pengiktirafan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) itu, Budu Ketereh kini dilindungi mengikut Akta Perlabelan. Budu Ketereh juga digunakan oleh Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) untuk menghasilkan produk kosmetik. Buat masa ini, Mat mempunyai sebuah kilang budu di atas tanah seluas 0.8 hektar dengan dibantu 40 orang pekerja.

SOS budu terhasil selepas enam bulan dibiarkan di dalam tong pemeraman. Empat daripada lapan anaknya hasil perkahwinan dengan Kamariah Hussein, 45, turut melibatkan diri dalam perniagaan itu. Menurut Mat, proses membuat budu adalah ringkas iaitu hanya mengunakan ikan bilis, garam dan gula.
Katanya, kerja memproses budu dimulakan dari bulan Jun hingga November kerana ia merupakan musim ikan bilis. IKAN bilis merupakan ramuan utama budu.

Dalam tempoh tersebut, kerja-kerja pembersihan dan pengasingan ikan bilis dilakukan oleh pekerja di bahagian pelantar kilang yang dibina di tebing sungai sebelum diangkut ke darat. Ikan bilis itu digaul dengan garam dan diperam selama enam bulan di dalam tong gentian kaca atau dalam kolah yang diperbuat daripada simen,b katanya yang kini memiliki 20 buah tong gentian kaca berukuran 1.2 meter tinggi dan 2 meter lebar. Khabarnya, Mat merancang untuk membeli 200 buah tong lagi. Penggunaan tong gentian kaca disarankan oleh Sirim bagi meningkatkan kebersihan produk berbanding kolah simen. Bulan Disember hingga Mei pula adalah masa untuk memasak, menapis dan membotolkan makanan itu. Selepas budu dimasak, ia ditapis dan disejukkan selama beberapa jam sebelum dibotolkan menggunakan tenaga mesin dan manusia.

Secara purata, kilang Budu Ketereh mampu mengeluarkan 12,000 botol budu sehari untuk memenuhi pasaran di seluruh Malaysia. Bagaimanapun, Mat mengakui kekurangan ikan bilis menyebabkan pengeluaran budunya agak terhad. Secara purata beliau memerlukan bekalan ikan bilis sebanyak tiga hingga empat tan sebulan, namun bekalan yang diperoleh sejak kebelakangan ini sekitar satu tan sahaja. Saya terpaksa membeli ikan bilis dari Sabah untuk memenuhi permintaan. Ikan bilis di perairan negara kita semakin berkurangan dan pada masa yang sama banyak kawasan pulau telah diwartakan sebagai Taman Laut Negara,b katanya yang menambah budu yang baik bergantung pada kualiti ikan bilis yang dibekalkan.

Pada awal tahun ini, Mat membeli sebuah mesin pembungkusan baru berharga RM45,000 untuk memasarkan budu dalam bentuk peket. Budu yang diusahakan oleh Mat Ismail merupakan budu yang pertama di negara ini yang dimodenkan penampilannya hasil bantuan Sirim dan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC). Menurut Mat, idea untuk memasarkan budu di dalam peket muncul selepas beliau mendapati kebanyakan produk seperti kopi segera kelihatan lebih moden dan ringkas apabila dipeketkan. Selain itu, budu yang disimpan di dalam botol agak sukar dipasarkan ke negara luar kerana ia tidak boleh dibawa dengan kapal terbang. Dengan pembungkusan menggunakan teknik lebih canggih, saya berharap Budu Ketereh mampu menembusi pasaran antarabangsa sedikit masa lagi,b katanya.

Mat berkata, mesin pembungkusan baru itu mengeluarkan budu dalam dua peket berbeza iaitu kandungan 20 mililiter dan 80 mililiter. bDalam sehari mesin itu boleh mengeluarkan lebih 1,000 peket budu, katanya.

ADAKAH rahsia kehalusan kulit wanita Kelantan kerana mereka mengambil budu setiap hari? Budu cerahkan kulit dan antipenuaan

RAUT wajah Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek kelihatan seperti gadis 20-an walaupun umur sebenarnya adalah 40 tahun. Apabila ditanya rahsia awet mudanya, graduan dalam bidang pertanian dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, beliau pada mulanya menggunakan produk kecantikan terkenal. Namun kini saya beralih kepada makan budu setiap kali makan tengah hari dan makan malam, katanya. HAMIDAH menunjukkan produk kosmetik dengan jenama BK yang turut mengandungi budu.

Menurut Hamidah, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang. Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta mempunyai nilai kosmetik. Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen. Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,b terang beliau yang telah melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu. Sebahagian besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah, bintik jerawat berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak. Produk kosmetik budu Sirim terbahagi kepada tiga iaitu pembersih dan penyegar, krim kulit dan serum kecantikan kulit. Ia menggunakan jenama BK iaitu Budu Kelantan atau Budu Ketereh.

Walaupun hanya satu peratus ekstrak budu digunakan sebagai bahan asas kosmetik tetapi ia berkesan kerana komponen itu sudah cukup untuk memberi khasiat kepada pemakainya. Malah kami kini mengkaji potensi tempe sebagai produk kosmetik, katanya.

Hamidah berharap produk BK akan mendapat sambutan daripada pengguna kelak sebaik sahaja Sirim bertemu syarikat yang berminat untuk mengedarkannya.
Geeda



Last week Fara ngan sepupu dia Anis Rania pergi snap gambar kat Pasaraya Pantai Timur Pasir Mas untuk melayakkan diri masuk pertandingan foto bayi comel kat pasaraya tu. Memang syarat dia kalau nak masuk pertandingan ni kena snap gambar ngan jurufoto yang mereka sediakan. Emm...bayarannya agak mahal rm15 untuk 2 keping gambar 5R, 2 keping gambar 3R dan sekeping CD. Pandai gak pasaraya ni cari duit kan...
Tengokla muka Fara ni..punya la masam mencuka, merajuk agaknya sebab mamanya x ikut skali...Yang pergi masa snap gambar ni hanya makcik dia (Cikpah mak kepada anis rania ni) ngan Su Na dia. Aku lak x bleh nak ikut ada hal skit kat umah... Yang susahnya gambar hanya bleh diambil pada hari yang pasaraya tu tetapkan tu pun hanya 3 jam jer, malam lak tu...
Cikpah dia la yang beria-ia nak bawakkan fara untuk temankan anak dia si Anis. Hehe...
Geeda

Mula-mula pasaraya lama kat Petaling Jaya yang runtuh, selang sehari stadium kat Terengganu lak runtuh..apa nak jadi.. Kalau nak dihitung kerugian mesti berjuta-juta kan. Bab kehilangan nyawa lagi..memang kesian kan. Korang rasa apa masalah dengan bangunan tu sampai boleh runtuh..nak kata negara kita selalu gempa bumi macam negara lain, x kan. Mungkin bahan binaan yang x kukuh. Entah la...

Kalau la korang perasan..kalau berlaku musibah tu macam berulang2 kan. Hari tu kes ragut ibu mengandung..berderet kes ragut cam tu kan. Kesian kan...Kalau pikir2 balik macam dah tak aman duduk kat negara sendiri...Jadi takut la plak...

Kalau time raya plak..berderet2 kes kemalangan bas...tiap2 ari ada..

Hari tu kita dihebohkan dengan macam2 virus yang membawa maut..Lepas satu virus...kluar lak virus yang lain...Macam2 la panyakit skang ni kan...kita sama2 la berdoa agar x jadi lagi kejadian macam ni kan... 

amin.............