Sponsored

Geeda
Minggu lepas kakak ipar aku ada bagi ubat gigi bayi dari klinik gigi tempat dia bekerja untuk Fara. Ubat gigi ni jenama Pureen tanpa florida. Aku terbaca le pamphlet yang dikepilkan ngan ubat gigi tu..terkejut la juga aku bila dapat tau bahaya jugak florida ni kat manusia...

Ada aku terbaca kat blog seorang doktor gigi tu, kalau kanak2 atau bayi dibawah 6 tahun selalu tertelan ubat gigi florida ni terlampau banyak. Nanti apabila tumbuh gigi kekal, masalah gigi kekal yang bertompok2 kuning akan terjadi...

jadi renung2kanlah...

ni artikel yang aku ambil dari forum...http://jomtenet.com/forum/viewtopic.php?f=34&t=408



APA ITU FLUORIDA?

Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.

Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

KES MAHKAMAH
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

PENYELIDIKAN AWAM
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."

AMARAN & PANDUAN
Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:

"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."
/
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”

Image Image

FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:
- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!
Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.

Dapatkan maklumat lanjut di : http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/
Geeda
gambar fara ngan kawan2 dia..memang jadi kemestian setiap petang mesti Fara ambik kasut suruh mamanya pakaikan nak ajak jalan2 kat luar rumah..sejak dah pandai jalan ni x terkejar aku dibuatnya...risau gak kalau nak biar dia berlari kat luar rumah tu...kot2 tersadung kat atas lantai semen tu..dia lari kita pun ikut lah lari sama cam dia..begitulah seorang ibu...



Fara ni memeng suka kalau naik kereta...24 jam dok dalam kete pun x pe..memang x nangis...gambar ni suami snap masa menunggu nenek Fara pergi pasar kat Pasir Mas..jenuh menunggu siap posing2 la fara ni...




Alala...kesiannya anak mama...dah tertidur kat dalam kete menunggu mama dia beli barang kat kedai...dah letih sangat la tu..seharian dok dalam kete...baby ni kalau tido bertambah-tambah kiutnya kan...



Suka betul dia dapat main ubat papanya..pantang nampak ubat mesti nak main...kalau dia dapat bekas aku simpan semua ubat2 abisla disepah-sepahkannya.. Nak jadi doktor kot anak mama ni...



Comotnyeee....makan mee goreng dah sampai ke hidung...beli mee kat pasar malam ni..beru jer sampai umah terus diterkamnya mee goreng yang aku beli, baju x sempat tukar lagi. Jenuh aku nak membasuh nak hilangkan kesan mee goreng ni...x per la sayang janji makan sampai abis...baru cepat besar...
Geeda
gambar masa nak potong kek...




antara makanan yang disajikan kepada sedara mara..menu untuk first besday ni hanyalah laksa penang, laksa kelantan, mehoon goreng ngan snek2 jer...




hadiah2 fara daripada makcik2 dia...




kek besday yang 1kg jer...cukuplah untuk anak beranak jer...



Sambutan besday anakku yang pertama... disambut serba ringkas... Kami menyambutnya kat rumah nenek fara...Semua makanan nenek dia yang masak...

Kebetulan pulak harijadi Fara Lewat sehari dari harijadi nenek dia..ni kira sambut skali gus la ni..hehe..



Geeda
Siti Norfarahiyah Nadira atau kami panggil Fara....itula nama permata hati kami. Gambar ni suamiku snap lepas jer keluar dari bilik bedah. Aku lahirkan Fara secara pembedahan kerana babyku terlalu kecik dan jantungnya x kuat nak tahan semasa kontraksi dan meneran jika aku bersalin normal. Tepat jam 12.57PM pada 11/12/2007 selamatlah Fara dilahirkan dengan berat cuma 1.85KG jer...Alhamdulillah sihat.

Keciknya Fara masa tu, aku nak dukung pun risau gak sebab kecik sangat. Seminggu la jugak aku tinggal dalam wad Hospital Kota Bharu Medical Centre (KBMC).






Geeda
























Alhamdulillah.....

Berkat keredhaan Allah swt, kami akhirnya diijabkabulkan pada 28/11/2003 setelah mengikat tali pertunangan selama 2 tahun.

Masa aku kawin ni aku last semester kat UTM, hehe...blajo x abih lagi dah gatal nak kawin..dah sampai seru agaknya..

Sampai ke saat ini aku cam x percaya jer dari cinta monyet ke cinta kampus akhirnya ke jinjang pelamin...Masa aku kenal dia dulu2 x pernah la plak tanam cita-cita nak kawin ngan dia. Emm..alih2 bila dah lama kenal tu macam x sanggup la plak nak kehilangan dia walau sesaat cuma...inilah dikatakan panahan cinta..kui..kui..kui...


Masuk tahun 2009 ni...hitung2 hari dah 6 tahun aku kawin ngan dia...cam baru semalam jer kenal. Korang doakan lah agar perkahwinan kami bahagia & kekal hingga ke hembusan nafasku yang terakhir...AMIN...
Geeda

Bertunang

Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.

Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.

Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda.

Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.

Geeda
17/12/2001....akhirnya kami telah mengikat tali pertunangan. Alhamdulillah...

Masa tu hari raya...kat kelantan lak tengah banjir..majlis kami yang serba sederhana ini berjalan lanjar walaupun rumah aku naik air gak paras betis..



Geeda


28/10/1995.....Bermulanya perkenalan aku dan suami kat sekolah ini lah. Masa tu kami sekelas tingkatan dua arif. Suamiku seorang pendiam kat dalam kelas tu, selama aku satu kelas dengannya tak pernah plak aku bercakap dengan dia. Malah tak perasan lak kewujudan dia.

Kami start berbual masa hari jamuan kelas akhir tahun. Mula ari tu la kami berkawan. Masa tingkatan 3 aku terpisah klas ngan dia tapi still kawan lagi...main tukar-tukar surat la plak...cinta monyet la katakan....




Lepas jer PMR kami dapat tawaran ke sekolah Teknik kat Terengganu. Kami dapat sekolah yang sama...Ni antara kenangan kami di sekolah kat Terengganu... lepas jer SPM kami berpisah terpisah sekali lagi, aku dapat tawaran belajar di Matrikulasi Sains Dungun setahun setengah. Dia lak dapat tawaran ijazah Elektik Elektronik kat UTM Skudai. Berjauhan la kami..nasib baik masa tu dah wujud h/phone...cinta jarak jauh la kami masa tu...

Abis jer aku blajar kat matrikulasi dungun, nak di panjangkan jodoh aku diterima untuk sampung ijazah kat UTM skudai gak...cuma aku amik jurusan pengurusan harta tanah..
Akhirnya tercapai gak cita-cita kami untuk belajar di universiti yang sama...hehe..