Sponsored

Geeda
Uda ngan Pok Long tengah bakar daging korban


Tengah tunggu lembu kena sembelih


Sempat possing sebelum pergi tempat penyembelihan lembu


Fara possing ngan baju raya haji yang mama jahit sendiri jer...huhu


Cekak rambut Fara pun mama buat sendiri jer guna kain perca lebih baju Fara....
Labels: 1 comments | edit post
Geeda

Sape suka makan kek ni....saya tak suka makan tapi suka buat jer sebab kek ni senang nak buat...slalu buat untuk hubby jer sebab hubby memang suka kek ni....


Bahan2:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

Cara2:

-Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air & kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sbb gula tu akan meletup2...tutup periuk utk elakkan terkena percikan. Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

-Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat.

-Masukkan susu pekat dan kacau sebati.

-Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit.

-Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi...kacau rata.

-Perap adunan selama 3-4 jam.

-Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.
Labels: 1 comments | edit post
Geeda

Salam semua.....

Hari ni nak citer skit kenapa saya sedih sangat.....sebabnye Fara dah stop menyusu badan....hari ni dah masuk 8 hari Fara tak minum susu badan....sebelum ni kalau time nak tido jer Fara mesti peluk mama dia sambil menyusu badan...skang ni tak lagi...kalau dia nak tidur mesti dia cari teddy bear putih dia...peluk2 teddy bear 5 minit pastu tertidur dengan teddy bear....
Rasa sedih la plak....macam mana tak sedih, dah 2 tahun 9 bulan saya susukan Fara... Alhamdulillah rezeki Fara...dapat minum susu ibu sampai 2 tahun lebih....

Ha....nak tahu tak macam mana cara saya ceraikan susu badan...saya guna handyplast...betul ker ejaan ni... nak dijadikan citer minggu lepas jari saya luka kena pisau...berdarah la skit...saya tampal ngan handyplast....saya perasan muka fara macam ngeri semacam jer tengok darah kat jari mama dia... pastu malam tu masa Fara mintak nak susu badan...saya cakap ngan fara puting berdarah sebab kena gigit ngan fara....pastu saya suruh fara tolong tampalkan handyplast kat puting kononnya luka berdarah....berlakon la wat mcm sakit....start ari tu terus x mintak susu mama dia....kalau dahaga jer dia mesti minta susu botol.....

Walaupun saya agak sedih bila bercerai susu ni....tapi saya cukup puas kerana telah menyusukan Fara selama hampir 3 tahun....skang ni saya dah payah bangun malam2 bagi susu badan kat Fara....pinggang pun dah sakit akibat mengiring bagi susu malam2.....










Labels: , 5 comments | edit post
Geeda






ASSALAMUALAIKUM.....

Selamat hari raya semua...maaf zahir batin......walaupun dah masuk 20 hari kita berhari raya...masih tak terlewat lagi kot........

Alhadulillah raya tahun ni agak meriah....tapi baru perasan raya aritu tak banyak snap gambar...memang sibuk ngan makan jer....lupa plak nak snap gambar...huhuhu....
Labels: 0 comments | edit post
Geeda
ASSALAMUALAIKUM...Lama sungguh tak update blog....bukan malas tapi tak sempat...sekarang ni busy sangat mengemas rumah....kami renovate umah skit.....bulan2 puasa renovate umah ni penat skit...

Hari-hari mengemas barang yang bersepah dalam umah ni.....masih x siap2 lagi....buat sikit2...x larat sungguh bulan pose ni....

SELAMAT BERPUASA SEMUA....
Labels: 0 comments | edit post
Geeda
ni gambar fara ngan Cik Da (baju oren) & Cik Na(baju hitam)



Ni plak Fara ngan Cik Su (Fara panggil 'ik u'..pelat lagi Fara ni) Cik su ni la mak saudara yang paling rapat ngan Fara...



tengok la...kalau pergi memang berpimpin tangan jer ngan cik su....macam belangkas...



dari kiri: Cik La, Cik Da, Fara ngan Cik Yu...semua adik bawah saya tapi saya yang paling rendah...hemmm...


ni plak Fara ngan kawan2 dia, baju pink namanya Nina anak jiran depan umah...baju biru Maisarah....pun anak jirak gak...
Labels: 0 comments | edit post
Geeda
AYAM GORENG PEDAS

Ayam goreng pedas ni semua orang tau buat kot...x payah la bagi resepi...cuma nak bagi idea la skit...kalau saya wat ayam pedas ni saya suka sangat letak serai ngan daun limau purut...menaikkan lagi bau ayam pedas ni....



Sayur goreng

Ni lagi la x payah bagi resepi....campak2 bahan dalam kuali 5 minit siap...



Tempoyak Ikan Bilis

Haaa....yang ni saya baru jer try hari lepas terjumpa dalam blog Kak Anis....Terima kasih yer kak...bagi saya idea...maklumlah sekarang ni musim durian...dalam resepi masakan pun kena letak durian gak.....
Labels: 2 comments | edit post
Geeda


BAHAN-BAHAN :

DAGING :1/2 KG
CILI KERING :10 TANGKAI( rebus dan kisar)
BAWANG MERAH :10 BIJI (kisar)
HALIA :1 INCI (kisar)
BAWANG PUTIH :3 BIJI (kisar)
KICAP MANIS :SECUKUP RASA
ASAM JAWA
GARAM/GULA/PERASA


CARA MEMASAK

LANGKAH (1) : Rebus daging tadi sehingga hempuk, kemudian potong NIPIS NIPIS, kemudian tumbuk dengan lesung batu agak-agak sampai lembut.
PANASkan minyak goreng seketika daging yang dipotong ( goreng sekejap je)

LANGKAH (2) : Bawang, halia, bawang putih dipotong halus-halus. PANASKAN minyak kemudian goreng sehingga kekuningan (goreng berasingan)
Angkat dan letak di satu tempat. Kemudian blender bawang dan halia goreng bersama cili kering.

LANGKAH (3) : AKHIR Sekali panaskan minyak yang digunakan untuk goreng bawang tadi untuk menumis.
MASUKKAN bahan yg telah diblender, masak sehingga pecah minyak (sabar yer)..
Kemudian masukkan garam, gula, Kicap lemak manis dan masukkan air asam jawa tadi..

AMBIK daging tadi gaulkan bersama-sama. Kacau seketika biarkan api perlahan.


Labels: 0 comments | edit post
Geeda
abih comot mulut fara makan kentang putar.....



posing dulu .......



aiks...ni besday mama ke fara...satu pinggan kfc fara sorang yang hadap....abis ke tu....



Selamat tengah hari semua.....lama dah tak posting blog....bz jer memanjang....
2 ari lepas besday saya yang ke 29... suami belanja makan KFC... perancangan awal nak sambut ngan family kat umah mak... tapi mak plak dapat tender sediakan makanan untu 700 student UMK ( universiti malaysia kelantan) selama 7 hari start 3/7/2010....hari besday saya....emm...sedihnye....x leh la nak sambut ngan mak.... nak tak nak....kena tunda la jamuan besday saya kat umah mak.... aci la kan sambut banyak kali...

Kesian plak tengok mak sangat la sibuk memasak cam buat kenduri dah kat umah mak. walaupun dah dibantu lebih kurang 15 orang pekerja.... 3 kali sehari lak tu kena sediakan makanan...pagi,tengari ngan malam....
Labels: 0 comments | edit post
Geeda
Selamat pagi....resepi ni dah lama buat sebenarnya....tapi x berkesempatan nak upload sebab broadband dah cam siput...macam mana nak upload gambar...


Bahan-bahan:
  1. ayam di potong kecil-kecil (gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit)
  2. 10 ulas bawang merah
  3. 3 ulas bawang putih
  4. 2 tangkai serai
  5. sedikit halia
  6. sedikit lengkuas
  7. 5 biji cili padi
  8. sedikit kunyit
  9. sayur kubis dan bunga kubis
  10. sebiji tomato
  11. garam,gula dan perasa secukup rasa

Cara membuatnya:
  1. Ayam diperap dengan garam dan kunyit seketika...kemudian goreng sekejap
  2. kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan cili padi...
  3. guna minyak lebihan goreng ayam tadi untuk menumis bahan kisar...tumis sehingga naik bau...
  4. masukkan sedikit air dan masukkan ayam...masukkan perasa...kacau sebati....
  5. bila agak2 ayam dah masak dan kuah dah pekat...bolehlah masukkan sayur....
  6. sedap kalau dimakan dengan nasi panas dan sambal belacan...
  7. selamat mencuba....
Labels: 0 comments | edit post
Geeda
Selamat pagi....

Hari ni saya nak citer skit pengalaman ngeri saya mengenai ATM ni...
Minggu lepas saya kuarkan duit kat ATM kat dalam 7eleven Pasir Pekan. Lepas tekan jumlah nak kuarkan RM400, mesin tu senyap kat situ jer....duit x kuar, kad pun x kuar apatah lagi resit...lama gak saya tunggu kat depan mesin tu...duit x kuar2 gak...dah lama sangat tunggu saya pun tekan BATAL. Kad pun keluarlah. Terpaksa la pegi ATM yang lain plak utk keluarkan duit.

Nak dijadikan cerita, 3 hari lepas kejadian saya buka Maybank2u.com.my nak tengok baki duit semasa...terkejut tengok rupa2 nya duit saya keluarkan kat ATM 7eleven berjumlah RM400 ditolak dlm akaun. Sedangkan duit x keluar hari tu. Dah report kat Maybank dia cakap dalam 2-4 minggu baru duit masuk sebab berlainan bank.

Masih lagi menunggu....harap-harap dapat balik la RM400 aku tu...amin...
Geeda
(sekadar gambar hiasan)


Assalamualaikum....

Sejak kebelakangan ni selalu jer dengar berita berkaitan bayi. Bayi kena buang la, kena dera la, terbaru bayi 9 bulan mati akibat terjatuh dari sebuah apartment. Sedih sangat bila tengok berita pasal bayi ni.

Kebanyakan kes kematian kanak-kanak ni akibat dari kecuaian ibu bapa tu sendiri. Kalaulah ibu bapa tidak cuai mungkin kecelakaan macam ni tak berlaku. Macam kes adik Adam kat bawah ni....cuba la korang bayangkan katil bayi diletakkan ditepi tingkap yang tak berjeriji...memang lah malang tu tak berbau tapi kita sebagai ibu bapa mesti la berwaspada skit...kalau ada jeriji kat tingkap tu selamat la skit kalau dah rumah tinggi kan.

Macam kat kampung saya tinggal skang ni, baby setahun lebih keluar bermain agak jauh tanpa pemantauan mak ayah dia. Pelik jer bila tengok baby ni yang rumah dia boleh kata selang 5 buah rumah jugak la dari umah saya terkedek2 bermain sampai depan umah saya. Bila intai2 x der pun mak ayah dia kat luar umah dia. Mungkin pemikiran orang kampung suka lepaskan anak2 kecil bermain sendiri agar boleh cepat berdikari. Tapi bagi saya keselamatan anak tu lagi penting. Jadi awasi la anak anda agar kita tidak menyesal kemudian hari...Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat....


Petikan berita dari Berita Harian:

Mangsa dipercayai merangkak dari katil bersebelahan tingkap tak berjeriji

SUBANG JAYA: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut terjatuh dari tingkat tiga sebuah kuarters empat tingkat selepas dipercayai merangkak dari katilnya yang terletak bersebelahan tingkap tidak berjeriji tanpa disedari ibu bapanya dalam kejadian di Seafield USJ6/1, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Adam Haiqal Mohd Rostam dipercayai merangkak ke arah tingkap yang sedikit terbuka itu sebelum terjatuh ketika ibu bapanya masih tidur di rumah mereka di bangunan kuarters pendidikan terbabit.

Difahamkan, ibu mangsa sebelum itu mendengar tangisan kuat bayi dan terus bangun selepas menyedari anak tunggalnya tiada di sisi lalu mencari Adam Haiqal di sekitar bilik tidur, tetapi terkejut apabila menjenguk ke luar tingkap dan mendapati mangsa tertiarap dalam longkang di bawah bangunan itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata wanita berkenaan terus mengejutkan suaminya untuk turun melihat keadaan anak mereka dan selepas diperiksa, mangsa didapati tidak mempunyai kesan luka.

“Pasangan itu kemudian menghantar anak mereka yang kelihatan masih bernyawa tanpa kesan darah itu ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), tetapi disahkan mati dalam perjalanan sebelum mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Mangsa dilaporkan cedera parah di kepala dan ada kesan calar pada kakinya,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Sementara itu, bapa bayi malang itu, Mohd Rostam Che Mat, ketika ditemui di PPUM kelihatan murung dengan kejadian berkenaan dan tidak menyangka tindakan membuka sedikit tingkap bilik kerana cuaca agak panas pada malam kejadian menjadi punca tragedi terbabit.

Beliau yang bertugas di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBBJ) bagaimanapun enggan mengulas lanjut kejadian berkenaan kerana masih terkejut dengan kematian anak kesayangannya.
Labels: 2 comments | edit post
Geeda
Salah satu makanan kegemaran kami sekeluarga..fara pun suka.


Bahan-bahan:
  1. sebungkus kue tiaw
  2. 10 ekor udang
  3. sedikit isi ayam dan daging
  4. 2 ekor sotong
  5. 5 ulas bawang putih
  6. 1 sudu cili giling
  7. 2 biji cili padi...kalau suka pedas boleh la tambah
  8. sebiji telur
  9. sedikit kubis dan sawi
  10. sos tiram, kicap, sos cili, garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak:
  1. tumis bawang putih yang diketuk sampai kuning, kemudian masukkan cili giling ngan cili padi. Pecahkan sebiji telur.
  2. bila dah masak masukkan air kalau nak basah lebihkan air,diikuti dengan lauk.
  3. perasakan dengan kicap, sos cili, sos tiram serta garam dan gula.
  4. masukkan sayur dan kue tiaw...kacau sampai rata.
  5. jangan sampai terlalu kering...hidangkan masa panas2...wallla...
Labels: 5 comments | edit post
Geeda

Selamat tengahhari semua....

Hari ni aku nak bagi petua kat sape-sape yang suka pakai inai tapi tak merah. Ada orang kata merah ke tidak inai ni mengikut darah kat tangan kita. Kalau darah kita pekat maka merah la inai. Ada plak orang tua-tua kata kalau kita orangnye boros, inai yang kita pakai jadi merah...kalau tak boros maka x merah la..yer ker...

Inai ni ada banyak jenis, ada inai daun, inai serbuk, inai dalam tiub dan inai dalam kon.
Saya memang suka pakai inai...tapi selalu pakai inai daun la...selain tahan lama..warna pun cantik...yang pasti halalan toyyiba...

Bulan depan cuti sekolah mesti ramai yang nak kawin...mesti tertanya-tanya macam mana nak suruh inai merah dengan cantik. Meh nak bagi petua skit...sapa nak ikut bolehla...

  • kalau sape-sape yang nak guna inai daun, tumbuk daun inai dengan gambir, nasi dan sedikit asam limau. Tumbuk sampai betul-betul lumat tau. Pastu pakai la waktu malam masa nak tidur. Bungkus elok2 dengan plastik pastu ikat ngan tali baru tak tercabut. Esok pagi bukak insya'allah merah cantik.
  • beli inai serbuk yang dijual dekat kedai tu aje, sebelum nak pakai, dibancuh dengan air & perahkan limau kedalamnya, kalau nak pakai malam, petang tu dah sediakan supaya getah inai tu keluar dari bahan tadi. Limau ialah utk mempercepatkan getah inai keluar & menyerikan lagi warna inai disamping mencantikkan kuku.
  • kalau untuk inai lukis kat jari plak, ada orang kata sapu minyak kapak dulu kat jari baru lukis inai baru merah. Biasanya kalau orang nak kawin memang lukis la kat jari baru berseri-seri tul tak. Inai yang kita guna nak lukis kat jari ni boleh kita beli kat Mydin jer yang dalam bentuk tiub cam ubat gigi tu ataupun dalam bentuk kon.
  • petua yang saya slalu buat lagi la senang. Ambik inai daun pastu jemurkan seharian kat tengah panas. Pastu bolehla mesin kering daun inai ni, time nak pakai campurla ngan air paip biasa/bancuhan air teh tanpa gula secukup rasa. Nak tido malam pakai sampai ker pagi. Selalunya memang saya balut ngan plastik pastu ikat dengan tali. Bab balut ngan ikat biasa suami la yang jadi mangsa. Esok pagi baru buka, tadaaa....mesti merah cantik...

Amacam...yang mana satu pilihan kalbu...cuba la...
Labels: 11 comments | edit post
Geeda
Selamat petang....

sape suka makan udang angkat tangan.....saya memang sangat sukakan udang....masak la macam mana pun memang confirm sedap...kari udang pun best gak...sape2 nak cuba bolehlah ikut resepi saya ni...simple jer...

bahan-bahan
  • setengah kilo udang
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 1 tangkai daun kari
  • serbuk kari udang adabi
  • setengah cawan santan pekat
  • garam, gula dan tomato sebiji
cara memasak
  • bawang dan halia dimayang halus kemudian ditumis sampai kuning
  • masukkan daun kari untuk dapatkan bau wangi kari
  • tumiskan serbuk kari yang dicampur sedikit air (pastikan tumis sampai betul-betul masak, kalau tak nanti sakit perut)
  • masukkan sedikit air dan udang
  • pastu masukkan sedikit santan pekat
  • perasakan dengan garam dan gula
  • akhir sekali masukkan buah tomato sebiji untuk rasa masam...
  • dah siap...sangat sedap kalau makan dengan nasi panas..
  • cubalah yer kawan-kawan
Labels: 3 comments | edit post
Geeda

Happy Mother's Day





Selamat Hari Ibu khas buat ibuku SITI ASIAH BT HAMZAH.... terima kasih emak sebab telah lahirkan aku ke muka bumi yang indah ini...dengan penuh sabar membesarkan aku dengan 12 adik beradik ku yang lain... Cuba korang bayangkan seorang ibu membesarkan 13 orang anak...sungguh kental semangat ibu ku ini...aku baru ada 1 jer anak pun dah pening nak layan karenah....

Petang nanti aku nak pergi sambut hari ibu kat umah mak...nak beli kek sebijik pastu nak beli hadiah...hadiah apa tu biarla rahsia...hahaha...harap2 emak suka nanti...

Geeda

Salam...paprik ni memang lauk kegemaran aku dan suami...lagipun memang senang dan cepat nak sediakan...kalau kita buat lagi pedas lagi la umphhh...tapi skang ni x bleh la buat pedas sangat memandangkan fara pun nak makan sama kan...cuba la kawan2...mesti suami suka dan semakin sayang...hahaha...dan yang penting semakin boroiii....

Bahan-bahan ( 4 )

  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2
  • 10 ekor udang
  • 5 ekor sotong
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam, udang dan sotong (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi kalau suka.
Labels: 12 comments | edit post
Geeda
Assalamualaikum.....

Lama sungguh kan aku tak ke udara...nak kata sibuk dengan kerja kat pejabat...hemmm...memang tak mungkin la sebab aku ni surirumah sepenuh masa....

Ada banyak sebab kenapa memang x sempat sangat nak update blog aku ni...meh nak citer...

  • sebab pertama kerana skang ni musim panas yang teramat kat Kelantan ni...rasanya dah dekat sebulan x ujan...yang lagi parah air telaga kat umah kami kering...so x der air...banyak keje terbengkalai...nak duduk depan pc lagi la x sanggup dengan keadaan yang teramat panas ni...x selesa sangat...
  • lagi sebab skang ni banyak sungguh drama best kat TV3...aku ngan hubby layan semua drama...start ngan citer indon kul 2 kat TV3..pastu citer Filipina plak kul 3...pastu Musang Berjanggut plak..pastu Adamaya plak...hemm...mana sempat nak mengadap pc...asyik mengadap TV jer memanjang...
  • sebab yang paling utama mestilah FARA yang nak menyibuk sama masa aku nak guna PC... walaupun dia dah ada laptop mainan dia sendiri...masih lagi dengki kalau tengok mama dia guna pc...
Banyak2 drama yang aku follow drama Filipina ni yang aku paling suka...sebab....HERO dia punya la hensem...x berkelip mata aku tengok hero dia...my hubby asyik membebel jer kalau aku x berkelip mata dok mengadap hero filipina ni...cemburu la tu...ala...x kan dengan pelakon pun nak cemburu...hahaha.....



Geeda
ASSALAMUALAIKUM...

Alfatihah dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas pemergian Arwah Achik Spin...semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...Arwah sebaya dengan aku...memang terkejut sangat lepas tengok buletin utama tadi...bulan ni sudah 3 artis tanah air kita telah pergi mengadap Ilahi...sesungguhnya dari Dia kita datang...kepada dia juga kita pergi...amin....
Geeda




Bahan-bahan ( 3 Orang )

  • 1/2 paket spaghetti - dimasak spt arahan dipaket
  • 1 tin sos pasta prego carbonara putih
  • 3 biji bawang putih - dicincang kasar
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 5-7 ketul cendawan butang (nak lbh pun boleh) - dihiris sederhana nipis
  • 10-15 ekor udang sederhana besar (nak lbh pun boleh) - dibuang kulit
  • 1-2 batang celery - dihiris
  • sedikit isi ayam
  • 2 batang sosej
  • 2 batang crab fillet
  • sedikit sayur campur
  • minyak utk menumis
  • lada sulah
  • garam (optional)
  • 1/2 tin air (tin prego)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih & bawang besar hingga naik bau.
  2. Masukkan sos pasta & air.biarkan sehingga hampir mendidih.jgn lupa utk mengacau supaya tak b'ketul
  3. Masukkan udang, ayam,sosej,sayur & batang celery.
  4. Masukkan lada sulah & garam.Bila dah mendidih padamkan api.
  5. sedap dimakan masa panas...
Labels: 0 comments | edit post
Geeda


Selamat pagi semua... lama sungguh x posting... dah bersawang blog ni...hehehe...nak kata busy tak jugak...tapi minggu ni penyakit 'M' melanda...

Amacam cantik tak beg baru cik Fara ni... Nak di jadikan citer...aku x berniat pun nak beli beg Fara ni...aritu aku pergi supermarket ngan 2 orang adik aku...ngan Fara skali la...adik aku nampak beg yang comel ni terus dipakaikan kat Fara... memang kalau dah bawak 2 orang adikku ni...fara x nak la berjalan ngan mama dia...asyik2 ngan Cik Da & Cik La dia...

Dah siap aku ambik barang2 nak beli, aku beratur la kat kaunter....dengan selamba Fara ngan Cik Da dia keluar dari kaunter siap gi jalan2 kedai baju baby kat depan kaunter tu.... lama la jugak dia kuar kaunter tu baru la aku terperasan beg Fara tergantung kat bahu dia x bayar lagi.... Aku cepat2 suh Cik La pergi panggil Cik Da ngan Fara....yang aku heran x berbunyi la plak siren kat supermarket tu...bahaya betul...memang senang sangat la kalau orang nak mencuri tu...supermarket punye la gah tapi sekuriti nye hampeh tul... nasib baik aku ni jujur lagi baik hati kan...

Sambung balik citer...masa nak bayar beg tu Fara lak buat hal...x nak tanggalkan beg dia...menangis punye la kuat masa aku nak ambik beg dia...pujuk2 pun x jalan, cakap mama nak bayar kejap jer...tak layan jugak dia...aku pun angkat dengan fara skali kat atas kaunter tu nak scan harga...senang citer...orang yang beratur kat kaunter aku tergelak jer...wat malu mama jer Cik Fara ni...
Labels: 0 comments | edit post
Geeda

puding marble ni wat minggu lepas...first time buat...best sangat...fara ngan suami ulang2 makan...kalau ari2 makan macam ni jadi belon la aku...cuba la...sedap dan cantik sangat...


Bahan-bahan:

1 tahil agar-agar kering(satu bungkus)

8 cawan air

1 tin susu cair

2 cawan gula

8 sudu besar tepung jagung

4 sudu besar tepung kastard

Setengah cawan serbuk koko/satu atau dua sudu chocolate emulco/setengah cawan milo

sedikit pewarna hijau dan kuning

2 sudu besar planta

essen vanila

2 biji telur ayam

Sedikit garam


Cara penyediaan:

Agar-agar dibasuh dan dimasak dengan 8 cawan air dalam periuk di atas api sampai hancur.

Masukkan gula dan kacau sampai gula larut. Di dalam satu bekas, pukul telur, masukkan susu, tepung jagung, tepung kastard, dan masukkan garam.

Kacau hingga sebati, masukkan/tuangkan ke dalam agar-agar yang di masak di atas api tadi dan kacau di atas api yang sederhana sehingga likat.

Bila adunan sudah likat, tutup api dan masukkan 2 sudu planta dan esen vanila. Kemudian bahagi adunan kepada dua bahagian, satu adunan diletak serbuk koko dan satu adunan warna hijau dan satu lagi warna kuning.

Kemudian lapiskan adunan yang berwarna koko dan kuning dan hijau selang seli dengan menggunakan senduk. Sejukkan dalam peti ais. Siap.


Labels: 0 comments | edit post
Geeda

Nama Am : Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae
(Insecta : Coleoptera : Staphylinidae)
Spesies Paederus fuscipes Curtis
Nama Tempatan : Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll.
Bilangan Spesies : Dianggarkan sekitar 47,000 spesies

Morfologi

Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap
manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen
yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah
sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini
kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.


Habitat Dan Tabiat Pemakanan

Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dll. Ia
merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.

Kesan Pada Manusia

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang



Nasihat Kepada Penduduk Yang Dijangkiti


Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.

Kawalan Oleh Majlis Perbandaran

Majlis Perbandaran Seberang Perai telah mengawal serangan kumbang ini dengan semburan insektisid (ULV dan semburan terus) dengan menggunakan Pesguard FG 161, perangkap berpelekat (perangkap lalat), pencuci hampagas basah dan kering yang telah diisikan dengan insektisid, perangkap serangga elektrik yang menggunakan cahaya ultra violet, canister blow torch dan sebagainya. Jika populasi serangga ini berada diluar kawalan anda, sila hubungi MPSP: Tel. Toll Free : 1-800-88 MPSP / laman web :
http://www.mpsp.gov.my/
Geeda

  • 2 ekor ikan cencaru
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia - dimayang halus
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1 sudu teh cili kisar/cili boh (ikut suka pedas masing-masing)
  • garam secukup rasa
  • air dan minyak untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar dimayang
  • 1 biji tomato

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan.
  2. Kisar bahan bertanda * sampai hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan blend ini.
  3. Masuk cili, halia dan bawang besar. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Masukkan kicap dan air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan ikan dan biar lagi sampai kuah pekat.
  6. Tambah garam secukupnya. Siap dan sedia untuk di hidang.







BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

sedikit isi ayam

sedikit stok ayam
1 batang carrot yang kecil
sedikit kobis cina
Sedikit bunga kobis


CARA MEMASAK:
1) Kupas semua bawang dan di mayang halus , potong sayur.
2) Bersihkan sayur dan potong kecil.
3) Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang , goreng sehingga bawang menjadi layu kemudian masukkan ayam dan kacau sampai ayam masak.
4) Masukkan stok ayam dan sayur carrot serta terus megacau.Masukkan sedikit air kemudian masukkan sayur kubis dan bunga kobis serta sedikit garam jika masih kurang masin,Terus mengacau lagi sampai la sayur masak.




Labels: 0 comments | edit post