Sponsored

Geeda


Selamat pagi semua... lama sungguh x posting... dah bersawang blog ni...hehehe...nak kata busy tak jugak...tapi minggu ni penyakit 'M' melanda...

Amacam cantik tak beg baru cik Fara ni... Nak di jadikan citer...aku x berniat pun nak beli beg Fara ni...aritu aku pergi supermarket ngan 2 orang adik aku...ngan Fara skali la...adik aku nampak beg yang comel ni terus dipakaikan kat Fara... memang kalau dah bawak 2 orang adikku ni...fara x nak la berjalan ngan mama dia...asyik2 ngan Cik Da & Cik La dia...

Dah siap aku ambik barang2 nak beli, aku beratur la kat kaunter....dengan selamba Fara ngan Cik Da dia keluar dari kaunter siap gi jalan2 kedai baju baby kat depan kaunter tu.... lama la jugak dia kuar kaunter tu baru la aku terperasan beg Fara tergantung kat bahu dia x bayar lagi.... Aku cepat2 suh Cik La pergi panggil Cik Da ngan Fara....yang aku heran x berbunyi la plak siren kat supermarket tu...bahaya betul...memang senang sangat la kalau orang nak mencuri tu...supermarket punye la gah tapi sekuriti nye hampeh tul... nasib baik aku ni jujur lagi baik hati kan...

Sambung balik citer...masa nak bayar beg tu Fara lak buat hal...x nak tanggalkan beg dia...menangis punye la kuat masa aku nak ambik beg dia...pujuk2 pun x jalan, cakap mama nak bayar kejap jer...tak layan jugak dia...aku pun angkat dengan fara skali kat atas kaunter tu nak scan harga...senang citer...orang yang beratur kat kaunter aku tergelak jer...wat malu mama jer Cik Fara ni...
Labels: 0 comments | edit post
Geeda

puding marble ni wat minggu lepas...first time buat...best sangat...fara ngan suami ulang2 makan...kalau ari2 makan macam ni jadi belon la aku...cuba la...sedap dan cantik sangat...


Bahan-bahan:

1 tahil agar-agar kering(satu bungkus)

8 cawan air

1 tin susu cair

2 cawan gula

8 sudu besar tepung jagung

4 sudu besar tepung kastard

Setengah cawan serbuk koko/satu atau dua sudu chocolate emulco/setengah cawan milo

sedikit pewarna hijau dan kuning

2 sudu besar planta

essen vanila

2 biji telur ayam

Sedikit garam


Cara penyediaan:

Agar-agar dibasuh dan dimasak dengan 8 cawan air dalam periuk di atas api sampai hancur.

Masukkan gula dan kacau sampai gula larut. Di dalam satu bekas, pukul telur, masukkan susu, tepung jagung, tepung kastard, dan masukkan garam.

Kacau hingga sebati, masukkan/tuangkan ke dalam agar-agar yang di masak di atas api tadi dan kacau di atas api yang sederhana sehingga likat.

Bila adunan sudah likat, tutup api dan masukkan 2 sudu planta dan esen vanila. Kemudian bahagi adunan kepada dua bahagian, satu adunan diletak serbuk koko dan satu adunan warna hijau dan satu lagi warna kuning.

Kemudian lapiskan adunan yang berwarna koko dan kuning dan hijau selang seli dengan menggunakan senduk. Sejukkan dalam peti ais. Siap.


Labels: 0 comments | edit post
Geeda

Nama Am : Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae
(Insecta : Coleoptera : Staphylinidae)
Spesies Paederus fuscipes Curtis
Nama Tempatan : Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll.
Bilangan Spesies : Dianggarkan sekitar 47,000 spesies

Morfologi

Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap
manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen
yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah
sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini
kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.


Habitat Dan Tabiat Pemakanan

Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dll. Ia
merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.

Kesan Pada Manusia

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang



Nasihat Kepada Penduduk Yang Dijangkiti


Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.

Kawalan Oleh Majlis Perbandaran

Majlis Perbandaran Seberang Perai telah mengawal serangan kumbang ini dengan semburan insektisid (ULV dan semburan terus) dengan menggunakan Pesguard FG 161, perangkap berpelekat (perangkap lalat), pencuci hampagas basah dan kering yang telah diisikan dengan insektisid, perangkap serangga elektrik yang menggunakan cahaya ultra violet, canister blow torch dan sebagainya. Jika populasi serangga ini berada diluar kawalan anda, sila hubungi MPSP: Tel. Toll Free : 1-800-88 MPSP / laman web :
http://www.mpsp.gov.my/
Geeda

  • 2 ekor ikan cencaru
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia - dimayang halus
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1 sudu teh cili kisar/cili boh (ikut suka pedas masing-masing)
  • garam secukup rasa
  • air dan minyak untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar dimayang
  • 1 biji tomato

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan.
  2. Kisar bahan bertanda * sampai hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan blend ini.
  3. Masuk cili, halia dan bawang besar. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Masukkan kicap dan air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan ikan dan biar lagi sampai kuah pekat.
  6. Tambah garam secukupnya. Siap dan sedia untuk di hidang.







BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

sedikit isi ayam

sedikit stok ayam
1 batang carrot yang kecil
sedikit kobis cina
Sedikit bunga kobis


CARA MEMASAK:
1) Kupas semua bawang dan di mayang halus , potong sayur.
2) Bersihkan sayur dan potong kecil.
3) Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang , goreng sehingga bawang menjadi layu kemudian masukkan ayam dan kacau sampai ayam masak.
4) Masukkan stok ayam dan sayur carrot serta terus megacau.Masukkan sedikit air kemudian masukkan sayur kubis dan bunga kobis serta sedikit garam jika masih kurang masin,Terus mengacau lagi sampai la sayur masak.




Labels: 0 comments | edit post
Geeda





Salam...

Lama sungguh aku x update blog ni...minggu ni memang busy sangat dengan persediaan majlis maulidur rasul kat umah mak aku. Sambil2 buat majlis menyambut menantu untuk abang sulung aku yang aku panggil Abe Wa..majlis ni buat pada hari selasa (9/3/2010}....Ramai gak yang datang...terima kasih la sudi datang yer...

Sebelah tengah hari lepas solat zohor wat semayang hajat pastu selawat...sejuk hati bila dengar orang selawat ramai-ramai. Fara kat dapur pun sama-sama selawat walaupun guna bahasa pelat dia sendiri...

Kul 4 petang baru adegan bersanding abang...malu-malu kucing jer dia kat atas pelamin... kakak ipar aku ni baru 23 tahun...sangat muda dari abang aku yang dah 36 tahun. Yang kelakarnya dia panggil aku kak gee sedangkan aku ni adik ipar dia. dah tu umur aku dah 29...nak wat macam mana...

Alhamdulillah majlis berjalan sangat lancar....best sangat boleh jumpa sedara mara yang datang kat umah...menu hari tu mak buat nasi putih ngan nasi minyak...lauk plak ayam pedas, kerutuk daging, dalca sayur campur, acar timun ngan sambal belacan...gambar makanan x sempat nak snap sebab buat buffet kat luar umah..malu la plak nak gi snap...

Sampai sini jer la hari ni...fara dah sibuk tarik2 aku ni...dengki la tu tengok mama dia main internet...

SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK ABANG AKU....SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT...

Labels: 0 comments | edit post