Sponsored

Geeda



Kesian Fara...kena jadi model x berbayar...ni keje anak buah aku lani a.k.a Along... Along ni baru jer beli kamera DSLR...kira masih lagi amatur ler dalam fotografi ni....yang jadi mangsa dia si Fara la...disuruhnye posing macam2 gaya...naik penat budak tu...si Fara plak memang yang jenis suka bergambar...ikut jer ler...aku yang tengok pun naik lenguh...

Arap2 x lama lagi boleh ler si along ni jadi jurugambar pro... zaman skang ni kalau dah pro ambik gambar boleh buat duit kan...ok la layan jer ler gambar fara...nanti dia dah besar skit boleh la tunjuk gambar dia kat dalam blog ni...hehehe...
Labels: 0 comments | edit post
Geeda

Bahan-bahan ( 50 biji )

  • Bahan Inti :
  • 500 g kentang - dipotong dadu
  • 300 gm bawang besar - dipotong dadu
  • 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil

  • Tumbuk Lumat :
  • ½ biji bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • ½ sd besar jintan manis
  • 3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
  • 2 sudu besar minyak
  • ½ batang besar kulit kayu manis
  • 2 sd teh gula / secukup rasa
  • 1 sd teh garam / secukup rasa
  • 350 ml air

  • Doh Karipap :
  • 500 g tepung gandum - diayak
  • ½ sd besar garam
  • 94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
  • 1 biji telur
  • ½ cawan ais
  • 250 ml air
  • Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai

Cara-cara

  1. Inti :
  2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
  3. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
  4. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

  1. Doh :
  2. Masukkan tepung dalam mangkuk.
  3. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
  4. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.
  5. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
  6. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
  7. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
  8. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.
  9. * Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.
Labels: 0 comments | edit post
Geeda










Hari sabtu aritu kami pergi main wau kat pantai irama bachok...papa beli wau tapi bentuk x macam wau..macam jet pejuang...mahal gak...rm15...maklumla time cuti raya cina...peniaga wau kat tepi2 pantai boleh la cari untung lebih skit... memang ramai sangat hari tu...

Angin boleh tahan kuat...belon yang fara bawak dari umah terbang ntah ke mana...nak kejar dah jauh sangat terbangnye...turun2 jer kete, tengok belon kat tangan fara dah ghaib di bawa angin...muka fara blur jer...nak nangis pun ade...nasib baik ada orang jual wau...boleh ler ganti belon fara...

Best sungguh main wau...punyer la lenguh tangan kena tarik ngan angin...angin kuat sangat lagi ler jadi berat wau tu...terasa macam nak terangkat sama bila kena tarik ngan angin...tapi best...

sape2 yang nak datang kelantan bleh la pegi pantai irama bachok ni kalau nak main wau...best...promote skit negeri kelate...hahaha...



Labels: 0 comments | edit post
Geeda
Tup tap tip tap...dah masuk 2 tahun 2 bulan umur Cik Fara..tapi masih lagi menyusu badan...mak aku cakap baby lepas umur 2 tahun dah tak elok minum susu ibu, nanti baby kena cacing...yer ker...entahla... Aku pun x pasti bila masa yang paling sesuai nak stopkan susu badan ni...kalau macam kakak ipar aku, anak bongsu dia menyusu sampai umur 6 tahun...aduss...macam penat jer nak bagi anak bergayut bila dah besar2...umur 2 tahun pun dah luka2 kena gigit...kalau 6 tahun camner yer...

Hari ni aku try la nak kurangkan bagi susu badan, tiap kali Fara minta susu aku sapu bawang putih... terus tak nak dia...pedas mama kata dia..sian plak tengok bila tengok fara buat muka sedih ...tapi nak buat macam mana,sabar je la...

time dia nak tidur malam punya la merajuk...menangis tak henti2...mama suruh minum susu badan x nak...susu botol pun x nak..air masak pun x nak...jenuh nak pujuk...pastu siap pukul2 mama...sakit hati la tu nak menyusu takut pedas...alahai Fara... akhirnya dah letih menangis tidur jugak dia...tidur dalam merajuk...hahaha...

Nak tunggu esok pagi plak...agak2 dia mintak lagi tak susu badan...


Labels: 0 comments | edit post
Geeda
Peringatan dari PDRM

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia.


1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka
mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum
tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka.

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah
malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di
waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama)

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasapeka).

7.Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala)

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda
supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock
baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

*Sumber: Bukit Aman PDRM *
Geeda


AIS BLENDED BUAH NAGA (DRAGON FRUIT)

emm...sedapnye...terasa sejuk jer kat tekak bila minum...selalu buat sebab fara ngan papa memang suke... hari ni terasa macam nak minum jer plak... cuaca kat sini agak panas hari ni.. tu yang teringin nak minum sangat tu...tapi malangnya x der stok buah naga la plak dalam peti... x per la jap lagi kita buat air epal jer la...

sape2 yang tak pernah cuba buat sendiri air buah naga ni..boleh la buat...sebab memang best...
bahan pun senang jer..sebiji buah naga...gula secukup rasa...air masak skit...pastu blender sampai hancur...pastu tambah ais...then blender lagi...dah jadi ais blended...

Labels: 0 comments | edit post