Sponsored

Geeda
(sekadar gambar hiasan)


Assalamualaikum....

Sejak kebelakangan ni selalu jer dengar berita berkaitan bayi. Bayi kena buang la, kena dera la, terbaru bayi 9 bulan mati akibat terjatuh dari sebuah apartment. Sedih sangat bila tengok berita pasal bayi ni.

Kebanyakan kes kematian kanak-kanak ni akibat dari kecuaian ibu bapa tu sendiri. Kalaulah ibu bapa tidak cuai mungkin kecelakaan macam ni tak berlaku. Macam kes adik Adam kat bawah ni....cuba la korang bayangkan katil bayi diletakkan ditepi tingkap yang tak berjeriji...memang lah malang tu tak berbau tapi kita sebagai ibu bapa mesti la berwaspada skit...kalau ada jeriji kat tingkap tu selamat la skit kalau dah rumah tinggi kan.

Macam kat kampung saya tinggal skang ni, baby setahun lebih keluar bermain agak jauh tanpa pemantauan mak ayah dia. Pelik jer bila tengok baby ni yang rumah dia boleh kata selang 5 buah rumah jugak la dari umah saya terkedek2 bermain sampai depan umah saya. Bila intai2 x der pun mak ayah dia kat luar umah dia. Mungkin pemikiran orang kampung suka lepaskan anak2 kecil bermain sendiri agar boleh cepat berdikari. Tapi bagi saya keselamatan anak tu lagi penting. Jadi awasi la anak anda agar kita tidak menyesal kemudian hari...Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat....


Petikan berita dari Berita Harian:

Mangsa dipercayai merangkak dari katil bersebelahan tingkap tak berjeriji

SUBANG JAYA: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut terjatuh dari tingkat tiga sebuah kuarters empat tingkat selepas dipercayai merangkak dari katilnya yang terletak bersebelahan tingkap tidak berjeriji tanpa disedari ibu bapanya dalam kejadian di Seafield USJ6/1, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Adam Haiqal Mohd Rostam dipercayai merangkak ke arah tingkap yang sedikit terbuka itu sebelum terjatuh ketika ibu bapanya masih tidur di rumah mereka di bangunan kuarters pendidikan terbabit.

Difahamkan, ibu mangsa sebelum itu mendengar tangisan kuat bayi dan terus bangun selepas menyedari anak tunggalnya tiada di sisi lalu mencari Adam Haiqal di sekitar bilik tidur, tetapi terkejut apabila menjenguk ke luar tingkap dan mendapati mangsa tertiarap dalam longkang di bawah bangunan itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata wanita berkenaan terus mengejutkan suaminya untuk turun melihat keadaan anak mereka dan selepas diperiksa, mangsa didapati tidak mempunyai kesan luka.

“Pasangan itu kemudian menghantar anak mereka yang kelihatan masih bernyawa tanpa kesan darah itu ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), tetapi disahkan mati dalam perjalanan sebelum mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Mangsa dilaporkan cedera parah di kepala dan ada kesan calar pada kakinya,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Sementara itu, bapa bayi malang itu, Mohd Rostam Che Mat, ketika ditemui di PPUM kelihatan murung dengan kejadian berkenaan dan tidak menyangka tindakan membuka sedikit tingkap bilik kerana cuaca agak panas pada malam kejadian menjadi punca tragedi terbabit.

Beliau yang bertugas di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBBJ) bagaimanapun enggan mengulas lanjut kejadian berkenaan kerana masih terkejut dengan kematian anak kesayangannya.
Labels: 2 comments | edit post
Geeda
Salah satu makanan kegemaran kami sekeluarga..fara pun suka.


Bahan-bahan:
  1. sebungkus kue tiaw
  2. 10 ekor udang
  3. sedikit isi ayam dan daging
  4. 2 ekor sotong
  5. 5 ulas bawang putih
  6. 1 sudu cili giling
  7. 2 biji cili padi...kalau suka pedas boleh la tambah
  8. sebiji telur
  9. sedikit kubis dan sawi
  10. sos tiram, kicap, sos cili, garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak:
  1. tumis bawang putih yang diketuk sampai kuning, kemudian masukkan cili giling ngan cili padi. Pecahkan sebiji telur.
  2. bila dah masak masukkan air kalau nak basah lebihkan air,diikuti dengan lauk.
  3. perasakan dengan kicap, sos cili, sos tiram serta garam dan gula.
  4. masukkan sayur dan kue tiaw...kacau sampai rata.
  5. jangan sampai terlalu kering...hidangkan masa panas2...wallla...
Labels: 5 comments | edit post
Geeda

Selamat tengahhari semua....

Hari ni aku nak bagi petua kat sape-sape yang suka pakai inai tapi tak merah. Ada orang kata merah ke tidak inai ni mengikut darah kat tangan kita. Kalau darah kita pekat maka merah la inai. Ada plak orang tua-tua kata kalau kita orangnye boros, inai yang kita pakai jadi merah...kalau tak boros maka x merah la..yer ker...

Inai ni ada banyak jenis, ada inai daun, inai serbuk, inai dalam tiub dan inai dalam kon.
Saya memang suka pakai inai...tapi selalu pakai inai daun la...selain tahan lama..warna pun cantik...yang pasti halalan toyyiba...

Bulan depan cuti sekolah mesti ramai yang nak kawin...mesti tertanya-tanya macam mana nak suruh inai merah dengan cantik. Meh nak bagi petua skit...sapa nak ikut bolehla...

  • kalau sape-sape yang nak guna inai daun, tumbuk daun inai dengan gambir, nasi dan sedikit asam limau. Tumbuk sampai betul-betul lumat tau. Pastu pakai la waktu malam masa nak tidur. Bungkus elok2 dengan plastik pastu ikat ngan tali baru tak tercabut. Esok pagi bukak insya'allah merah cantik.
  • beli inai serbuk yang dijual dekat kedai tu aje, sebelum nak pakai, dibancuh dengan air & perahkan limau kedalamnya, kalau nak pakai malam, petang tu dah sediakan supaya getah inai tu keluar dari bahan tadi. Limau ialah utk mempercepatkan getah inai keluar & menyerikan lagi warna inai disamping mencantikkan kuku.
  • kalau untuk inai lukis kat jari plak, ada orang kata sapu minyak kapak dulu kat jari baru lukis inai baru merah. Biasanya kalau orang nak kawin memang lukis la kat jari baru berseri-seri tul tak. Inai yang kita guna nak lukis kat jari ni boleh kita beli kat Mydin jer yang dalam bentuk tiub cam ubat gigi tu ataupun dalam bentuk kon.
  • petua yang saya slalu buat lagi la senang. Ambik inai daun pastu jemurkan seharian kat tengah panas. Pastu bolehla mesin kering daun inai ni, time nak pakai campurla ngan air paip biasa/bancuhan air teh tanpa gula secukup rasa. Nak tido malam pakai sampai ker pagi. Selalunya memang saya balut ngan plastik pastu ikat dengan tali. Bab balut ngan ikat biasa suami la yang jadi mangsa. Esok pagi baru buka, tadaaa....mesti merah cantik...

Amacam...yang mana satu pilihan kalbu...cuba la...
Labels: 11 comments | edit post
Geeda
Selamat petang....

sape suka makan udang angkat tangan.....saya memang sangat sukakan udang....masak la macam mana pun memang confirm sedap...kari udang pun best gak...sape2 nak cuba bolehlah ikut resepi saya ni...simple jer...

bahan-bahan
  • setengah kilo udang
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 1 tangkai daun kari
  • serbuk kari udang adabi
  • setengah cawan santan pekat
  • garam, gula dan tomato sebiji
cara memasak
  • bawang dan halia dimayang halus kemudian ditumis sampai kuning
  • masukkan daun kari untuk dapatkan bau wangi kari
  • tumiskan serbuk kari yang dicampur sedikit air (pastikan tumis sampai betul-betul masak, kalau tak nanti sakit perut)
  • masukkan sedikit air dan udang
  • pastu masukkan sedikit santan pekat
  • perasakan dengan garam dan gula
  • akhir sekali masukkan buah tomato sebiji untuk rasa masam...
  • dah siap...sangat sedap kalau makan dengan nasi panas..
  • cubalah yer kawan-kawan
Labels: 3 comments | edit post
Geeda

Happy Mother's Day





Selamat Hari Ibu khas buat ibuku SITI ASIAH BT HAMZAH.... terima kasih emak sebab telah lahirkan aku ke muka bumi yang indah ini...dengan penuh sabar membesarkan aku dengan 12 adik beradik ku yang lain... Cuba korang bayangkan seorang ibu membesarkan 13 orang anak...sungguh kental semangat ibu ku ini...aku baru ada 1 jer anak pun dah pening nak layan karenah....

Petang nanti aku nak pergi sambut hari ibu kat umah mak...nak beli kek sebijik pastu nak beli hadiah...hadiah apa tu biarla rahsia...hahaha...harap2 emak suka nanti...