Sponsored

Geeda












Geeda
ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.



Buat julung2 kalinya, SMILEYKIDZ ingin menganjurkan

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.

Hadiah yang ditawarkan adalah:

Pemenang Utama x 1 org:

Outdoor fotografi selama 1 jam

~unlimited shots~

~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

******************

Pemenang sampingan x 2 org:

Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50


So apa tunggu lagi???

Sertai online contest ini sekarang. :)

Online contest ini di buka dari tarikh:

15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.

Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.

Cara2 penyertaan?

  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda...ok
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini...ok
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda...ok
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai...ok
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya...ok
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ ...ok
  • AMARAN: no link back will be disqualified...ok
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini...ok
  • Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:

Syarat-syarat Penyertaan
dan disclaimer:
  • Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
  • Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
  • Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
  • Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
  • Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
  • Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
  • Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
  • SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
  • SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
  • Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira
@
@
@
@
@
@
@
@

KALI NI NAK PERTANDINGKAN FARA DALAM Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel PLAK....

KAT BAWAH NI GAMBAR2 YANG NAK DIPERTANDINGKAN...ENTAHLAH PIHAK JURI NAK PILIH YANG MANA...

NAMA ANAK: SITI NORFARAHIYAH NADIRA
UMUR: 1 TAHUN 10 BULAN

*
**
***
****

gambar terbaru Fara


gambar terbaru Fara


Fara 5 bulan


Fara 10 bulan


Fara 10 bulan


Fara setahun


Fara 7 bulan


Fara 6 bulan

*****
****
***
**
*

JOM KAWAN-KAWAN JOIN RAMAI-RAMAI....

Labels: 2 comments | edit post
Geeda


.::LEMARIUMMI COLLECTIONS (LUC) GIVEAWAY -

sticky mode::.

jom join giveaway baru ni...senang jer syarat2 dia...x der slogan..x perlukan gambar...
cuma nak email ngan nama kiter jer..


LEMARIUMMI COLLECTIONS (LUC) GIVEAWAY

Cara-cara nak join...senang je.

1. Sesapa je boleh join

2. Buat 1 entry berkenaan LUC GIVEAWAY kat blog anda

3. Promote tentang LUC GIVEAWAY ni (pastikan sticky mode dan gunakan tajuk di atas je ye) sehingga 24 Oktober 2009

4. Pastu link kan blog LUC ni kat blog korang

5. Sign up as follower blog LUC

6. And last sekali, tinggalkan nama, email dan tulis komen ek . Senang utk saya link semula ke blog anda semua.

7. Pemenangnya akan dimaklumkan selepas 24 Oktober 2009.

8. Cabutan secara random akan dibuat bagi mengetahui siapa pemenangnya dan akan dilakukan oleh Mr. Z (My dear hubby - yg byk membantu saya)


NAMA: Siti Norzehan Bt Mohamad
EMAIL: siti_norzehan@yahoo.com


Labels: 0 comments | edit post
Geeda



kui...kui...kui...
Geeda

DAGING MASAK LADA HITAM

BAHAN-BAHAN
  1. setengah kilo daging
  2. sebiji bawang besar
  3. 2 sudu lada hitam yang dikisar
  4. sedikit tepung jagung
  5. sebiji cili merah untuk hiasan
  6. garam dan serbuk perasa
CARA-CARA
  1. goreng daging dalam minyak yang sedikit seketika sehingga separuh masak.
  2. masukkan sedikit air bagi empukkan daging
  3. setelah daging nak empuk, masukkan lada hitam yang dikacau dengan air terlebih dahulu
  4. masukkan bawang besar
  5. campurkan bahan perasa dan garam secukup rasa.
  6. bila dah nak masak, campurkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  7. last skali masukkan cili merah dan hidangkan semasa panas.
Labels: 0 comments | edit post
Geeda
STICKY MODE


MamaTisya Duit Raya Giveaway


Hari ni nak join MamaTisya Duit Raya Giveaway plak..Last minit plak tu join contest ni...petang ni dah nak tutup contest ni...cuba nasib jer...mana la tau kot ada rezeki...

Kat bawah ni syarat2 contest ni....


MamaTisya Duit Raya Giveaway
bermula 6 oktober hingga 14 oktober 2009
tepat pukul 5.00 ptg

duit raya dlm gambar di atas adalah CONTOH shj
jumlah sebenar hanya akan diketahui oleh 5 org yg bertuah nanti


syarat-syarat sgt senang & mudah :

  1. Terbuka kepada smua blogger
  2. Buat 1 entry & pastikan STICKY MODE smp 14 oktober 2009
  3. MamaTisya Duit Raya Giveaway (hanya tajuk ini yg diterima)
  4. Add banner di atas di sidebar blog anda
  5. Pastikan ada link MamaTisya (no link back will be disqualified)
  6. Seramai 5 org blogger bertuah akan dipilih melalui RANDOM ORG
  7. Sila tinggalkn nama & email anda di cni
  8. hanya yang memenuhi syarat-syarat ini sahaja yg akan layak
  9. Keputusan akan diumumkan secepat yg mungkin
  10. Duit raya tersebut akan di bank-in trus ke akaun bank anda nanti
Labels: 0 comments | edit post
Geeda

Tengok la fara ni...punya la mengantuk....dia dok tengok citer katun sorang2 sambil main tepon... sampai tertidor.... kesian... kaki pun berlipat...alahaii...
Labels: 0 comments | edit post
Geeda
Petua Untuk Wanita

Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.


1. Bangkit Bersambut

Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.


2. Wajah Suci

Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri.Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.


3. Menyegarkan Payudara

Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar,tidak mudah jatuh


4. Taman Semerbak Mewangi

Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa.Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.


5. Lubang Jarum

Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.


6. Suara Perindu

Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.


7. Mengurut Pangkal Bunting Padi

Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.


8. Payudara Montok

Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara anda.

Labels: 0 comments | edit post
Geeda



SALAM....

Korang perasan tak harga lampin pakai buang skang ni makin hari hari makin naik... Diorang bukan nak kira harga minyak turun ke naik ke...yang diorang tau asyik nak naik jer...sengkek mak bapak...betul tak...

Ni aku nak citer skit...Fara memang dari umur 3 bulan sampai la skang ni memang aku pakaikan ngan PETPET jer...harga PETPET ni kira pertengahan la, x mahal x murah...Yang penting Fara memang serasi ngan PETPET jer...

Ok start citer balik...last month aku kirim PETPET kat kakak ipar. Dia beli kat supermarket pantai timur, hambik RM37.90 saiz M untuk 84 keping. Mahal kan... 2 hari lepas aku pesan ngan adik aku suh singgah tesco lepas balik keje. Suruh dia petpet saiz M RM29.90 untuk 70 keping...
pagi tadi aku terbukak web tesco PETPET RM25.39 jer untuk semua saiz. Kalau saiz M yang 70 keping tu...terus aku suruh adik ipar aku pegi belikan lagi 2 bungkus. Yang beli 2 ari lepas pun lum bukak lagi...tapi rugi plak kalau x beli skang... Cehhh...rugi jer suruh adik aku beli 2 ari lepass...


jom kita kira untung rugi harga PETPET ni:

  • RM37.90/84 keping = 0.45 sekeping
  • RM29.90/70 keping = 0.42 sekeping
  • RM25.39/70 keping = 0.36 sekeping

Emmm...amacam...banyak beza gak tu untuk harga sekeping...ntah la harga lampin pakai buang pun aku cadangkan kerajaan wartakan sebagai barangan kawalan...biar harga dia tidaklah melambung tinggi ikut suka hati pengeluar...betul tak...SAPA SETUJU ANGKAT TANGAN....




Geeda

SAMBAL UDANG.

BAHAN-BAHAN
  1. SETENGAH KILO UDANG
  2. 5 BIJI CILI KERING
  3. 2 ULAS BAWANG PUTIH
  4. 5 ULAS BAWANG MERAH
  5. SEDIKIT BELACAN
  6. SEDIKIT ASAM JAWA
  7. GARAM DAN GULA SECUKUP RASA
CARA-CARA
  • CILI KERNG, BAWANG MERAH DAN BAWAH PUTIH DIKISAR DAN DITUMISKAN SAMPAI NAIK MASAK
  • MASUKKAN UDANG DAN SEDIKIT AIR ASAM JAWA
  • PERASAKAN DENGAN GARAM DAN GULA SECUKUP RASA.
  • SIAP UNTUK DIMAKAN DENGAN NASI PANAS-PANAS
Labels: 1 comments | edit post
Geeda
AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.


WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa
di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segalayang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusiaitu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah
yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu
pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahansetiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akalmanusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika
bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.
dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir
dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan danmengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pulaboleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempatasalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit
buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah
kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang
perut(convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan
oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan
sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak,
takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran
darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang
tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan
darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak
disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima
musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam
sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat,
walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan
jadi bisa, karena sudah biasa

AMIN.
Surah Al-Munaafiquun : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai
(lengah) kerana hartabenda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah
(sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka
mereka orang yang merugi.
Ayat : 9 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai
ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.
Ayat : 11 Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan:
Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan
ibunyasendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang
perempuan!
Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?
Meninggalkan solat Isya', maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.
Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini.
Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).
Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di
dalam neraka.

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang
dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan
kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.
Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....
Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau
begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan
untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...
Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000
orang Islam.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.




Labels: 0 comments | edit post
Geeda
gembiranya dia boleh main kat luar....




sangat suka buat senyum2 manja gitu...geram betul nak cubit...





kui..kui..kui..nak jadi model cam anak patung tu ke fara...ni kerja cikyu ngan cikda dia la ni...suka betul dera fara ambik gambar kat supermarket...



ni kat luar rumah kami jer...x sempat nak pakai kasut kalau dah nampak pintu terbuka...





mama...tengok ada kucing...miow...
Geeda
@ BABY IN GOWN CONTEST @



Hehe...ari ni cam rajin plak nak masuk contest...lagipun contest ni cam best jer..rugi kalau tak masuk...hadiah dia pun leh tahan gak bestnye...
jomla kawan-kawan kita join contest baby pakai gaun ni...meriah skit kalau ramai2...aku memang suka sangat tengok baby pakai gaun ni...kiut kan...

Inilah gambar yang aku pertaruhkan untuk FARA hari ni...AMIN....
*
*
*
*
*
*

NAMA: SITI NORFARAHIYAH NADIRA
D.O.B: 11 DISEMBER 2007

*
*
*
*
*


Syarat Penyertaan

1. Contest ini terbuka kpd semua bloggers..Bermula pada hari ini 1 October - 28 October 2009..
( Sempena My Besday )

2. Diwajibkan menjadi FOLLOWER blog mamaalieya..and ADD link blog mamaalieya dalam bloglist anda..

3. Diwajibkan untuk letakkan banner di side bar blog anda.. Banner tersebut mestilah di link dengan link ini

4. Sila upload sekeping sahaja gambar anak anda & buat entry tentang contest ini pada blog anda. Pada gambar tersebut, nyatakan nama baby & tarikh lahir baby..

5. CONTEST nie terbuka untuk baby girl shaja, gambar tersebut mestilah gambar baby yang berpakaian baju GOWN. Baby korang mesti berumur 1 Bulan hingga 2 tahun ja..



Hadiah

Hadiah Pertama


Topi tiga serangkai yang dijalin dengan dandanan amat sesuai untuk hiasan dinding. Didatangkan secara berpasangan atau serangkai sahaja, mampu untuk mengindahkan suasana rumah anda

Hadiah Kedua


Bekas kecil yang comel ini sesuai untuk menyimpan barang kemas anda seperti kerongsang, gelang, rantai dan sebagainya.......

Hadiah Ketiga


Direka dan dianyam khas untuk hiasan kereta khususnya kereta yang dipandu oleh gadis atau wanita secomel anda!









Labels: 0 comments | edit post