Sponsored

Geeda


28/10/1995.....Bermulanya perkenalan aku dan suami kat sekolah ini lah. Masa tu kami sekelas tingkatan dua arif. Suamiku seorang pendiam kat dalam kelas tu, selama aku satu kelas dengannya tak pernah plak aku bercakap dengan dia. Malah tak perasan lak kewujudan dia.

Kami start berbual masa hari jamuan kelas akhir tahun. Mula ari tu la kami berkawan. Masa tingkatan 3 aku terpisah klas ngan dia tapi still kawan lagi...main tukar-tukar surat la plak...cinta monyet la katakan....




Lepas jer PMR kami dapat tawaran ke sekolah Teknik kat Terengganu. Kami dapat sekolah yang sama...Ni antara kenangan kami di sekolah kat Terengganu... lepas jer SPM kami berpisah terpisah sekali lagi, aku dapat tawaran belajar di Matrikulasi Sains Dungun setahun setengah. Dia lak dapat tawaran ijazah Elektik Elektronik kat UTM Skudai. Berjauhan la kami..nasib baik masa tu dah wujud h/phone...cinta jarak jauh la kami masa tu...

Abis jer aku blajar kat matrikulasi dungun, nak di panjangkan jodoh aku diterima untuk sampung ijazah kat UTM skudai gak...cuma aku amik jurusan pengurusan harta tanah..
Akhirnya tercapai gak cita-cita kami untuk belajar di universiti yang sama...hehe..







Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment