Sponsored

Geeda
nasi air yang dah siap dihidang untuk dimakan...yum..yum...masuk nasi yang dimasak lembek ngan kuah sup daging. Hidang plak ngan cendawan goreng kunyit, daging goreng garing, sayur sawi goreng, sedikit ikan bilis dan telur masin. Em...sedap gak kalau tambah ngan sambal cili padi (aku x buat sebab cendawan goreng ni dah pedas)




cendawan goreng kunyit:

200g cendawan tiram kelabu
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 ulas bawang merah (tumbuk)
5 biji cili padi (tumbuk)
segenggam ikan bilis (tumbuk)
garam dan kunyit secukup rasa (gaulkan bersama cendawan)

cara2 nak buat:

Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau, masukkan cendawan yang telah digaul dengan garam dan kunyit. Kacau sehingga masak.
(Jangan tambah air kerana cendawan tiram ni memang akan kelurkan air)



sayur sawi goreng:

300g sawi hijau
sedikit isi ayam( boleh tukar dengan udang atau sotong)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 ulas bawang merah (tumbuk)
sedikit kicap dan garam

cara2 nak buat:

Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau, masukkan sedikit air. Masukkan isi ayam dan sayur, masukkan kicap. Tunggu biar masak, siap.





Daging goreng garing:

500g daging (yang telah direbus didalam sup kemudian dipotong kecil2)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
kicap dan garam secukup rasa

cara2 nak buat:

tumbuk bawang putih dan halia, gaulkan dengan daging yang dipotong kecil, perap seketika. Panaskan sedikit minyak, goreng daging sehingga garing. Masukkan kicap dan garam, gaul sebentar. Apabila garing bolehla dihidangkan ngan nasi air..


telur masin
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    This excellent website definitely has all of the information I wanted about this subject and didn't know who to ask.

    Here is my page: Quantrim Slimming


  2. Anonymous Says:

    Thanks for the auspicious writeup. It in reality used to be a amusement account it.
    Glance complex to far brought agreeable from you! However,
    how could we communicate?

    Feel free to visit my weblog phen375 side effects


Post a Comment