Sponsored

Geeda


RESEPI IKAN KERAPU KUKUS

bahan-bahan:

seekor ikan kerapu sederhana besar
seinci halia
sehelai daun limau purut
sebatang serai
sedikit bunga kantan
sedikit carot
sedikit daun bawang dan daun sup
2 biji asam boi
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi
tepung jagung
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk lada putih
sedikit air limau kasturi

cara-cara:

gaulkan ikan dengan sedikit garam, serbuk lada putih dan tepung jagung. perapkan sekejap. Sediakan sos sementara menunggu ikan diperap. Cara nak buat sosnya, campurkan hirisan halia, bawang putih, cili padi, tepung jagung, bunga kantan, serai yang dihiris, daun bawang dan daun sup, sedikit air asam limau kasturi, garam dan gula secukup rasa. kacaukan hingga sebati dan tuangkan ke atas ikan tadi. letakkan 2 biji asam boi untuk menambahkan rasa. Masukkan di dalam kukusan dan kukus selama 15 minit. Sedia untuk di makan.

Ikan kukus ni sedap di makan semasa masih panas...cubalah...
0 Responses

Post a Comment